Pemilihan gaya Wikipedia:Garis_panduan_penulisan_yang_lebih_baik

Dua gaya yang mempunyai kaitan yang rapat sentiasa digunakan dalam rencana Wikipedia.

Gaya berita

Beberapa ahli Wikipedia menyokong penggunaan gaya berita. Gaya berita ialah gaya prosa untuk cerita pendek di halaman hadapan surat khabar dan berita ringkas yang disiarkan oleh radio dan televisyen. Ia merangkumi bukan sahaja perbendaharaan dan struktur ayat, tetapi juga susunan penyampaian maklumat dalam cerita, nada serta perhatian kepada pembaca atau minat yang ditumpukan.

Rencana ensiklopedia tidak perlu mengikut gaya berita, tetapi pemahaman kelaziman gaya berita mungkin boleh membantu dalam perancangan gaya dan reka letak rencana anda.

Gaya kesimpulan

'Gaya kesimpulan' adalah gaya organisasi yang serupa dengan 'gaya berita'. Tujuannya sama sahaja dengan gaya berita tetapi ia digunakan untuk topik, bukannya rencana, dan bahagian pimpin, bukannya ayat-ayat pimpin.

Gagasannya ialah untuk menyebarkan maklumat dengan cara yang boleh melayankan pembaca Wikipedia dengan pelbagai tahap keperincian. Tertinggallah kepada pembaca untuk memilih tahap keperincian yang mereka mengehendaki. Penggunaan ringkasan yang semakin panjang mengelakkan pembaca daripada ditenggelamkan oleh terlalu banyak teks pada satu masa. Ini adalah gaya yang diikuti oleh rencana Kriket dan Golongan bangsawan.

Rasional

Wikipedia tidak dibahagikan kepada Makropædia dan Mikropædia seperti Ensiklopedia Britannica. Kami harus melayankan kedua-dua jenis pembaca dalam ensiklopedia yang sama. Gaya ringkasan adalah berdasarkan premis bahawa kesemua maklumat harus dimasukkan dalam sebuah rencana kerana pembaca-pembaca mempunyai keperluan masing-masing:

  • beberapa pembaca cuma memerlukan ringkasan pantas (bahagian pimpin)
  • lebih banyak pembaca memerlukan maklumat yang sederhana (beberapa bahagian yang mengandungi perenggan berbilang)
  • dan yang baki memerlukan maklumat yang terperinci (puatan ke rencana sempurna yang asing).

Kita harus melayan semua kumpulan.

Untuk perincian, sila lihat: Wikipedia: Gaya ringkasan